Sunday, 28 August 2016

Kerapu dan Merah Sungai Besar

Dr Safri dan Dr  Zairizam bersama anak.
Saya bersama kerapu anggaran 11 kg.

Tangkapan kerapu saya dan Dr Safri.

Kerapu yang dijinakkan oleh Dr Safri berskala 11.5 kg.

Ikan merah terbesar trip oleh Mizan.

masing-masing mempamerkan merah.Mizan dan Dr Safri.

Kerapu terbesar trip.

Antara hasil tangkapan yang sempat di ambil gambar.

Menduga perairan Sungai Besar adalah pengalaman pertama buat group pancing kami.Ahli-ahli komplot seramai 12 orang yang terdiri daripada Saya,Mizan,Dr.Safri,Dr Zairizam serta anak beliau,Arzaman, Ah Meng and the gang.Perjalanan dari KL seawal 5 pagi dan sampai di Jeti Sungai Besar jam 7pagi sambil disambut hujan lebat.Perjalanan yang di jadual 8 pagi terpaksa ditunda ke 10 pagi selepas hujan berhenti.
Tekong Ah Tak yang mengemudi jentera 60 kaki beliau sampai di spot pertama pada pukul 12 tengahari.Lalu dengan arahan tekong Ah Tak kami menurunkan umpan kembong segar seekor- seekor.Melalui GPS tekong dapat dilihat gerombolan ikan di bawah.Menurut Ah Tak spot tersebut adalah spot ikan merah.Tak sampai 5 minit strike pertama memihak kepada adik saya Mizan iaitu ikan tebal pipi anggaran 1.5 kg.Selepas itu masing- masing galak menaikkan gerut-gerut dan tebal pipi berskala 1 - 1.5 kg.Ah Meng and the gang mempraktikkan teknik jigging juga tidak ketinggalan menaikkan jenahak dan tebal pipi. Dalam keseronokkan masing-masing menaikkan ikan,tiba-tiba joran Dr Safri menjunam menandakan ikan besar sudah sampai.Pertarungan 5 minit beliau menaikkan ikan merah berskala 2 kilo.Semua ahli dah teruja dengan kehadiran ikan merah.Selepas itu joran Mizan sekali lagi dirembat kuat dan selepas 5 minit bertarung akhirnya menaikkan ikan merah terbesar trip iaitu berskala 3 kg.Dan ikan merah terakhir kemudian anggaran 1.5 kg dinaikkan Mizan.Selepas berkalli-kali rabut akhirnya ikan merah menghilangkan diri. Kemudian tekong menukar spot dan di situ hanya ikan tebal pipi dan jenahak anggaran 0.5 kg -1 kg sahaja menjamah umpan kembung kami.Sesekali Ah meng and the gang yang suka berjigging menaikkan tebal pipi dan jenahak.Sebelum matahari berlabuh tekong menukar pula spot untuk pancingan malam.Menurut beliau spot tersebut adalah spot kerapu.Lebih kurang pukul 9 mlm tekong menaikkan kerapu pertama beliau seberat 3 kg.Kami semua percayaan memang spot kerapu selepas beliau menaikkan ikan tersebut.Tapi menurut tekong itu baru anak belum ibu dan bapa kerapu.Di pikiran kami tekong ni betul-betul ke atau bergurau sebab bagi kami kerapu tersebut dah memadai besar.Lebih kurang pukul 11 mlm joran Penn milik Dr Safri tunduk dan menjerit nyaring.Beliau bertarung lebih kurang 20 minit dan akhirnya bapa kerapu naik ke permukaan.Kami semusahaja  ja dengan terjeratnya kerapu besar tersebut.Masing-masing berusaha untuk menjerat kerapu sebab menurut tekong banyak lagi di bawah sana.Saya yang berada dalam keadaan kurang stabil dan mabuk teruk menurunkan umpan ikan selar kuning sebagai rasuah untuk kerapu.Alhamdulillah selepas 30 minit menunggu joran lemax melentur dan machine abu garcia saya pula menjerit.Dalam hati ni macam kerapu besar je.Bertarung lebih kurang 15 minit akhirnya memang bapa kerapu anggaran 11kg juga yang naik.Namun selepas itu tiada lagi ragutan dari sang kerapu cuma yu sahaja yang di naikkan.Mungkin perubahan arus menyebabkan ikan kurang aktif.Pada sebelah pagi keesokkan harinya juga tiada ikan besar yang dapat dinaikkan.Hanya ikan yang memakan apollo sahaja yang naik.Kami bertolak balik jam 10 pagi.Rumusan untuk trip kali ini bole dikatakan sederhana kerana tidak banyak hasil yang didaratkan cuma boleh dibanggakan kerana ikan gred A dapat didaratkan.Insyaallah tahun hadapan kami akan turun lagi bersama tekong Ah Tak yang tidak kedekut ilmu.Terima kasih semua ahli-ahli komplot.


No comments:

Post a Comment