Thursday, 12 July 2012
GELAMA,PARI PULAU ANGSA KUALA SELANGOR
Mungkin ada dikalangan rakan pancing yang pernah berkunjung dan menduga laut Pulau angsa yang terletak di laut Kuala Selangor.Ini kerana,ia adalah salah satu destinasi pancing yang terdekat bagi warga kota.Bagi saya,Pulau Angsa adalah destinasi pancing untuk masa singkat kerana kita boleh mengatur trip bila-bila masa sahaja dan boleh pergi pagi dan pulang petang.Untuk ke Pulau Angsa,kita boleh naik bot di Jeti Sg. Buloh Kuala Selangor dan perjalanan dari jeti ke Spot memancing mengambil masa 30 ke 45 minit sahaja.Bagi setiap kunjungan saya ke sana,Pulau Angsa tidak pernah menghampakan saya.Spesis target di sana adalah ikan gelama papan,tiga gigi,pisang,pari,gemang dan bermacam lagi.Tapi bagi pemancing yang berkeiginan mencari spesis lain seperti kerapu,jenahak,atau spesis karang yang lain,maka di sini bukan tempatnya.Laut Pulau Angsa adalah yang berstrukturkan lumpur bukannya karang.Amat sukar untuk mencari spesis ikan karang di sini.Tapi sesiapa yang dapat menaikkan pari di sini,ia adalah satu bonus.Pari di sini selalunya besar-besar dalam anggaran 8 kg ke atas.Umpan untuk menawan pari di sini selalunya ialah anak gelama hidup.Manakala untuk ikan gelama pula,selalunya hirisan kembonglah yang menjadi hidangan utama.Jika menggunakan umpan udang hidup,ada kemungkinan juga akan dijamah oleh siakap.Tapi siakap di sini selalu amat cerewek dan aktif mengikut keadaan air.Pada kunjungan saya yang lepas-lepas,saya pernah menguji keadaan arus air untuk melihat hasil tangkapan.Ternyata,arus yang bergerak sedikit hasilnya akan mendapat ikan yang banyak tetapi saiznya agak kecil,manakala arus yang bergerak deras hasilnya sedikit tapi ikan yang diperolehi adalah besar.Tetapi itu semua adalah mengikut pengalaman saya.Kebanyakan pemancing suka turun ke laut semasa arus bergerak perlahan iaitu 2-3 hari sebelum dan selepas air mati.Itu adalah hari yang paling sesuai.Bagi yang belum mencuba lubuk di sini,bolehlah mengatur trip ke sini dan bagi otai-otai pancing laut dalam,di sinilah spot untuk pemanas badan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
berapa ongkosnya??????
ReplyDelete