Thursday, 12 July 2012

GELAMA,PARI PULAU ANGSA KUALA SELANGOR





Mungkin ada dikalangan rakan pancing yang pernah berkunjung dan menduga laut Pulau angsa yang terletak di laut Kuala Selangor.Ini kerana,ia adalah salah satu destinasi pancing yang terdekat bagi warga kota.Bagi saya,Pulau Angsa adalah destinasi pancing untuk masa singkat kerana kita boleh mengatur trip bila-bila masa sahaja dan boleh pergi pagi dan pulang petang.Untuk ke Pulau Angsa,kita boleh naik bot di Jeti Sg. Buloh Kuala Selangor dan perjalanan dari jeti ke Spot memancing mengambil masa 30 ke 45 minit sahaja.Bagi setiap kunjungan saya ke sana,Pulau Angsa tidak pernah menghampakan saya.Spesis target di sana adalah ikan gelama papan,tiga gigi,pisang,pari,gemang dan bermacam lagi.Tapi bagi pemancing yang berkeiginan mencari spesis lain seperti kerapu,jenahak,atau spesis karang yang lain,maka di sini bukan tempatnya.Laut Pulau Angsa adalah yang berstrukturkan lumpur bukannya karang.Amat sukar untuk mencari spesis ikan karang di sini.Tapi sesiapa yang dapat menaikkan pari di sini,ia adalah satu bonus.Pari di sini selalunya besar-besar dalam anggaran 8 kg ke atas.Umpan untuk menawan pari di sini selalunya ialah anak gelama hidup.Manakala untuk ikan gelama pula,selalunya hirisan kembonglah yang menjadi hidangan utama.Jika menggunakan umpan udang hidup,ada kemungkinan juga akan dijamah oleh siakap.Tapi siakap di sini selalu amat cerewek dan aktif mengikut keadaan air.Pada kunjungan saya yang lepas-lepas,saya pernah menguji keadaan arus air untuk melihat hasil tangkapan.Ternyata,arus yang bergerak sedikit hasilnya akan mendapat ikan yang banyak tetapi saiznya agak kecil,manakala arus yang bergerak deras hasilnya sedikit tapi ikan yang diperolehi adalah besar.Tetapi itu semua adalah mengikut pengalaman saya.Kebanyakan pemancing suka turun ke laut semasa arus bergerak perlahan iaitu 2-3 hari sebelum dan selepas air mati.Itu adalah hari yang paling sesuai.Bagi yang belum mencuba lubuk di sini,bolehlah mengatur trip ke sini dan bagi otai-otai pancing laut dalam,di sinilah spot untuk pemanas badan.

Wednesday, 11 July 2012

TRIP PANCING SEDILI 2012

Tarikh trip-23 & 24 Jun 2012
Lokasi-Karang ngah dan kaw. perairan sekitar Sedili
Tekong-Abg Pian Bot Pak Aris
Jeti-Sedili Besar
Ahli2 Komplot-
1.Saya
2.Man
3.Bro Lee
4.Bro Nahar
5.Alek
6.Jenal
7.Joned
22 JUN 12-Lebih kurang jam 8 mlm kami berempat memulakan perjalanan dari KL menuju ke Sedili manakala satu group lagi telah memulakan perjalanan lebih awal iaitu bertolak jam 7 mlm.Kedua-dua group telah berjumpa di tol Kulai lebih kurang pukul 12 tghmlm.Kami terus melalui jalan pedalaman terus ke Jeti sedili Besar dan sampai lebih kurang pukul 130 pg.

23 JUN 12-Pukul 330 pg setelah membeli umpan udang hidup,bot Pak Aris pun sampai di jeti.Bot tersebut dikemudikan oleh Abg Pian.Perjalanan ke unjam pun bermula dan dijangka jam 7pg kami akan sampai di unjam.Setalah sampai di unjam,byk bot telah berada di situ.Kelihatan para pemancing melabuhkan apolo sambil bot bergerak.Kami sempat mendapatkan beberapa puluh ekor kembung hidup untuk dijadikan umpan dan tekong mengajak kami berpindah ke spot kedua dimana dikatakan spot kerapu.Ternyata memang spot tersebut adalah spot kerapu,baru sahaja joran Bro Lee di labuhkan,joran beliau terus dihenjut dan kerapu anggaran 1kg dinaikkan.Kemudian joran saya pula dihenjut kerapu dan dalam masa setengah jam lebih kurang 10 ekor kerapu dapat di naikkan oleh ahli-ahli komplot.Dalam keseronokan menghenjut sang kerapu,tiba-tiba joran Abu garcia Man melengkung.Man terus bergasak dengan mangsa tersebut dan tiba-tiba mangsa membuat aksi akrobatik dan ternyatalah sang belitung dah sampai.Umpan hirisan sotong untuk kerapu dijamah oleh sang belitung dan lebih kurang 10 minit bertarung maka sang belitung di tewaskan.Bro Lee pula mencuba umpan kembung hidup dan beliau tidak perlu menunggu lama,sang predator (tenggiri) terus menyambar kembung hidup tersebut.Maka berlakulah pertarungan dan semasa tenggiri menunjukkan rupa dan hampir untuk di hook,sang tenggiri menjunam kembali dan memutuskan cabel 30 paun.Pada sebelah malam kami ke spot mencandat sotong tapi tak banyak sotong yang dapat ditewaskan.Ini kerana faktor arus yang terlalu kuat.Berumpankan sotong segar,joran Bro Lee di henjut hebat.Melihatkan gaya lengkungan joran PE 6 beliau,maka dapat di bayangkan betapa besarnya mangsa di bawah sana.Lebih kurang setengah jam bertarung maka si Aruan Tasik anggaran belasan kilo menunjukkan rupa.Setelah menghampiri bot,saya cuba menghook badan si mangsa tapi gagal,dan mangsa meronta dan akhirnya kami berputih mata. 







24 JUN 12-Di keheningan pagi yang nyaman,kami cuba pula menurunkan umpan di satu spot yang di katakan oleh tekong bahawa spot tersebut adalah spot ebek.Berumpankan hirisan sotong segar,rod Lemax saya berkekuatan pe2-4 melengkung hebat dan kekili Abu Garcia 700 menjerit tak berhenti.Dalam keadaan kelam kabut saya menyambar joran dan membiarkan mangsa membuat larian.Habis tali 100 meter 50 paun saya dilarikan yang tinggal hanya tali sambungan 30 paun 100 meter dan cepat-cepat saya menggulungkan tali tersebut.Mangsa mengasak joran saya dengan hebat,terlintas dihati ikan apakah ini.Dari gaya henjutan macam aruan tasik.Lebih kurang 30 minit bertarung maka si mangsa menunjukkan diri.Ebek anggaran hampir 10kg menunjukkan diri.Alhamdulillah...akhirnya naik juga si ebek.Selepas itu,joran Bro Lee asyik dihenjut tenggiri tapi semuanya rabut.Lebih kurang jam 11pg kami bergerak pulang ke jeti.Trip kali ini dianggap kurang berjaya kerana mungkin faktor arus yang terlalu kuat.Terima kasih dan tahniah kepada ahli-ahli komplot dan tekong kerana kerjasama anda.Walaupun kurang berjaya,kita cuba lagi.Jumpa tahun hadapan.Insyaallah.....